Prolog
Al-kisah, di sebuah pekan yang mahu dikatakan kecil, bukan kecil, mahu dikatakan besar pun bukan besar, wujud sebuah sekolah persendirian yang tidak begitu mahsyur. Namun sekolah ini menjadi terkenal sedikit secara drastik kerana terdapat hanya sedikit sfat kenakalannya itu. Ini disebabkan kelas khas yang terpaksa ditubuhkan bagi pelajar tingkatan dua dan dikenali dengan nama kelas Dua Biru.
Pelajar-pelajar kelas ini berkait rapat ataupun tidak berapa rapat, secara langsung ataupun tidak langsung dengan pengasas dan juga penyumbang kewangan sekolah itu, iaitu Tuan Haji Fikri. Pelajar-pelajar yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Haji Fikri ini misalnya masih ada hubungan kekeluargaan, seperti cucu saudara sepupu ataupun anak saudara tiga pupu Haji Fikri. Namun ramai juga yang mempunyai hubungan tidak berapa rapat dengannya, seperti jiran kepada doktor peribadi Haji Fikri, ataupun mugkin kena;an kepada kenalan yang tidak mesra dengannya. Namun perkara pokoknya, kebanyakan mereka pasti mempuinyai kaitan dengan tuan haji itu.
Asal-usul penubuhannya dikatakan bermual apabila pada satu tahun yang bersejarah, sekolah itu menerima kemasukan berapa pelajar tingkatan satu yang selalu menimbulkan masalah. Masalah yang dikenali pasti termasuk dalam pelbagai aspek iaitu mental, fizikal, rohani (bukan Mak Cik Rohani isteri Pak Din Debik) dan jasmani (bukan pendidikan jasmani). Ini termasuk juga masalah-masalah yang berkaitan dengan insiden pelanggaran akta dalam perlembagaan sekolah.
Disebabkan tingkah laku dan aktiviti tidak terkawal mereka yang mampu mengganggu-gugat kesihatan jiwa dan raga orang lain, jawatankuasa sekolah mengambil inisiatif mengasingkan pelajar-pelajar ini di dalam satu kelas khas sebaik sahaja mereak memasuki tingkatan dua. Hal ini demikian dibimbangi sekiranya ketidakterkawalan itu menular ke segenap kelas yang diduduki oleh pelajar-pelajar itu.
Tindakan buang sekolah bukan cara terbaik, sebaliknya pihak sekolah berkemungkinan besar akan kehilangan penyumbang terbesar mereka. Tuan Haji Fikri adalah penyumbang terbesar kewangan sekolah, walaupun pada hakikatnya penyumbang terbesar yang diperkatakan itu ceritanya tidak wujud langsung dalam cerita ini. Pembuangan pelajar-pelajar itu memberi kesan kepada masa hadapan sekolah, sama ada terus berdiri kukuh ataupun terus lingkup tak dibuka-buka lagi. Oleh kerana kebanyakan pelajar itu mempunyai kaitan dengan pengasas merangkap penyumbang kewangan terbesar sekolah itu, jadi mereka sedikit sebanyak mempunyai kekebalan.
Guru-guru yang mengajar dikelas itu perlu berhati waja dan mantap dengan persiapan fizikal dan mental. Nyaris-nyaris beberapa guru terlantar di katil hospital ataupun segera dikejarkan ke wad-wad sakit jiwa dei menjalani pemeriksaan mental akibat kegagalan membuat persiapan yang jitu apabila menghadapi kelas Dua Biru. Mujur tiada yang betul-betul mengalami kecacactan mental seperti yang dijangkakan.
Di sekolah itu hanya ada satu kelas BIRU. Dari tigkatan satu sehingga tingkatan lima, yang ada hanya kelas Ungu, Merah, Hijau dan Kuning. Hanya kelas tingakatan dua yang memiliki kelas BIRU. Warga Dua Biru bertambah apabila bagi sesi kemasukan tahun ini beberapa pelajar baru mendaftarkan diri.
Sekian adanya.....
No comments:
Post a Comment